Kalau melihat alam yang indah
Tapi tak terasa keindahannya..
Ertinya bukan alam itu tidak indah..
Tetapi jiwa kitalah yang tidak indah..
Atas dorongan Iman dan Takwa..
Sesuaikanlah perananmu..
Akhlak tetap menghias peribadi..
Menjaga syariat zahir dan batin..
Tunaikan hak Allah s.w.t. terhadap agamanya..
Ingatlah..Hidup seperti putaran roda
Hiasailah hati dengan taubat..
Agar rasa kehambaan..
Tidak sombong dengan nikmat yang dikurniakan..
Ujian dalam hidup ini tetap ada..
Agar peningkatan Iman terus wujud..
Bukankah lebih baik merasa diri tidak baik..
Kerana memang hakikatnya kita tidak sempurna..
Hati yang bersih mudah menerima kebenaran..
Dunia ini hakikatnya hanya seketika..
Sedangkan akhirat itu ..terlalu luas dan kekal..
Hakikatnya..sebagai manusia ..
Kita tidak mempunyai apa-apa..
Kita adalah hamba kepada Allah s.w.t...
Yang hanya dipinjamkan seketika..
Laluilah dengan tabah jalan ke syurga..
No comments:
Post a Comment