Aku cuba mencintaimu Ya Allah..
Namun hati ini belum juga terasa nikmat bercinta denganmu Ya Allah..
Lantas aku menanamkan semangat dan brdoa kepadaMu dengan penuh harapan..
Semoga dengan rahmatmu..aku mampu mengadapmu di malam hari..
Ketenangan di malam hari banyak mengajarku erti kehidupan..
Kedamaiannya mendidik jiwaku agar merasai kehambaanku kepada yang menciptakan Aku..
Kesepian di malam hari membuatkan aku merasai keinsafan di atas kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan pada Mu ya Allah..
Aku mencari keredhaan mu Allah.. Di kala insan-insan lain sedang hanyut dibuai mimpi..
Aku datang menghadapmu ya Allah..
Daku basuh wajahku yang hina ini..dengan air wuduk..
Agar setiap titisan air yang mengalir diwajahku ini mampu menjadi saksi dihadapanMu..
Apabila aku membasahi tangan kananku..Aku berdoa kepadamu..

Ya Rahman.. agar tangan inilah yang akan menerima buku amalanku kelak..
Aku tidak tahu sebanyak manakah amalan kebajikan yang telah aku lakukan..
Namun yang pasti.. Tiada amalanku yang hendak aku banggakan..
Bagaimanakah nasibku ketika aku dihadapanMu kelak ya Allah..
Adakah aku terus di dalam tangisan atau aku tersenyum dengan rahmatmu disisiku..

Kini aku berdiri dihadapanmu ya Allah.. Dengan penuh rasa kehambaan..
Aku sedar betapa kerdilnya diriku ini.. betapa hinamya aku..
Hanya seorang insan yang bergelar hamba.. Hamba kepada yang Maha Pencipta..
Aku fikir-fikirkan nikmatmu..Aku kenang-kenangkan rahmatmu..
Namun mengapa cintaku pada Mu masih belum berbunga..
Kalau hendak ku hitung tidak mungkin akan kuhitung betapa banyknya nikmat yang telah engkau hadiahkan kepadaku..
Aku tidak mampu menahan sebak di hati ku ini ya Allah..
Lantas tanpa aku sedari berlinangan air mata ku dan kini kesejukan air mata membasahi pipiku..
Ya Allah lemah rasanya kakiku ini berdiri dihadapanMu..
Namun adakah kedatanganku ini engkau terima ya Allah..
Aku tidak tahu ke mana lagi ingin aku hadapkan diriku yang hina ini..
Aku lemah Ya Allah..Tidak ada tempat untuk aku mengadu melainkan padamu..
Tidak ada siapa yang ingin mendengar rintihanku.. melainkanMu Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosaku ya Allah.. Suatu hari nanti aku pasti akan dipanggil pulang..
Untuk menghadapmu Ya Allah.. Ya Allah aku bukan tidak redha dengan ujian yang kau berikan..
Cuma..aku ingin mengadu kepadamu Ya Allah sebagai lambang cinta dan kasihku kepadaMu Ya Allah..
Aku merindui mu Ya Allah.. Tidak sabar rasanya untuk aku menemui mu Ya Allah..
Namun siapalah aku di sisiMu Ya Allah..
Ya Allah aku benar-benar tidak mampu menahan sebak didadaku ini..
Dan titisan airmata yang aku titiskan ini bukanlah tangisan yang aku sengajakan..
Aku ikhlas keranaMua Ya Allah..
Ya Allah aku pernah berjanji kepadamu ya Allah yang aku tidak akan mengulangi dosa-dosa yang telah aku lakukan..
Namun mengapa aku mungkiri janji-janjiku kepadaMu..
Aku sering melafazkan kata-kata taubat dihadapnmu..
Namun mengapa aku mungkiri..Aku sering menangis apabila aku mengenagkan dosa-dosa dan kesilapan yang telah aku lakukan..
Namun mengapa selepas itu aku ketawa di dalam keingkaran ku kepadaMu..
Bilakah diriku ini akan benar-benar menjadi seorang hamba yang bertakwa..
Apabila ku sujud kepadaMu Ya Allah.. Di saat ini aku benar-benar terasa betapa kerdilnya diiriku ini ya Allah..
Kepala yang ku anggap mulia..rupanya tidak untukmu..kini ku letakkan kepalaku di tempat yang amat rendah sekali..
Terasa seolah-olah tidak ingin ku bangun dari sujud ku ini Ya Allah..
Kerana nikmat itu tersembunyi di dalam sujudku ini kepada Mu Ya Allah..
Daku rasakan seolah-olah duniaku ini tidak membawa apa-apa makna bagiku..
Kini titisan air mata membasahi tempat sujudku..
Ya Allah.. Titisan air mata inilah yang aku harapkan agar ia dapat memadamkan api neraka kelak..
Ya Allah.. engkau dengarlah rintihan dari hambamu yang hina ini..
Engkau lihat daku dengan penuh rahmat mu..
Ya Allah..engkau adalah hidup dan matiku..
Engkau adalah hati dan jantungku..
Engkau adalah segala-galanya bagiku..
Ya Allah..Ya Allah..Bagaimanakah aku hendak melupakan Zatmu yang Maha Suci..
Yang kuasanya tidak pernah satu detik terlepas dariku..
Yang sentiasa melihat hingga ke batinku..
Yang sentisa mengetahui berterusan setiap gerakkan jantungku..
Sentiasa mendengar setiap waktu dan detik..
Kehendak-kehendak Nya ke atasku pasti berlaku..
Sama ada aku setuju mahupun tidak.. mengembirakan mahupun mendukacitakan..
Kasih sayangmu Ya Allah mengatasi kasih seorang ibu kepada anak-anaknya..
Seluruh hidupku di dalam genggamanMu Ya Allah..
Ya Allah..kini baru aku sedar bahawa cinta kepadaMu adalah anugerah dan hidayah Mu..
Bertuah dan berbahagialah.. Insan yang Engkau anugerahkan kecintaan kepadaMu..
Namun bilakah diriku ini dapat merasainya Ya Allah..
Semoga Aku termask di dalam golongan yang Engkau redhai..

No comments:
Post a Comment